KB Mall
KB Mall

KB Mall

KB Mall merupakan sebuah kompleks pusat beli-belah yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Ia merupakan tempat membeli belah yang stategik berada di laluan utama ke Pusat Bandar Kota Bharu dan bersebelahan dengan KB Bazar. Ia diuruskan oleh Y. S. Tang Holdings Sdn Bhd.Dengan keluasan 1 juta kaki persegi,ia menjadikan KB mall sebagai pusat beli-belah terbesar di pantai timur semenanjung malaysia.Kompleks ini dibuka pada tahun 2005. Didalam pusat membeli belah ini terdapat sebuah pasaraya iaitu Pacific Hypermarket & Departmental Store. Di tingkat atas, terdapat medan selera dan juga Pacific Bowling.